✿KISAH HIDUPKU✿


Hai..wah,wah,wah..lawanya perkataan ASSALAMUALAIKUM kat post ni..

Ok, entry ini kali ni Ikin nak cerita tentang kisah hidup Ikin. Saja je,dah tak tahu nak post dah.
Tutorial pun dibiarkan sementara.

Ketika hendak lahir,seruan Allah telah memberitahu bahawa saya akan dilahirkan di dunia bagi menjalankan ibadah-Nya. Apabila lahirnya Ikin,maka lahirlah bayi seorang Islam ke dunia ini. Dijaga,dibelai,dididik,disayangi sehinggalah Ikin besar. Ikin pun sudah berpra seawal 6 tahun. Melangkah alam persekolahan,mula mendaftar dan berkenalan dengan rakan baru. Antaranya Amni,Ella dan lain-lain. Ikin ketika itu belum mempunyai rakan rapat.

Banyak peristiwa Ikin lalui antaranya Ikin dengan kawan-kawan Ikin terkurung dalam tandas. Main permainan di taman pra. Seronok sangat. Dari saat itu,Ikin mula berkenalan dengan anak rakan abah Ikin iaitu Rauf (Abdul Rauf) anak kepada Amran. Kami bermain sama-sama sehingga lutut Ikin luka. Parut luka masih terkenang di lutut Ikin.

Hari bersilih ganti,Ikin mula menjejak usia 7 tahun,Ikin dapat kelas pertama. Tetapi kelas telah tukar baru. Kelas pertama hanya untuk murid-murid yang masih tidak pandai membaca dan mengeja. Murid-murid kelas pertama terpaksa tukar ke kelas ketiga. Ikin berkenalan dengan kawan-kawan Ikin masa pra. Tapi Ikin tak ingat siapa yang Ikin mula berkenalan. Emmm..(mood kecewa). Masih belum ada kawan rapat.

Dari usia 6 tahun ke 7 tahun hinggalah ke Tahun 3(malaslah nak cerita masa Tahun 2..sedih rasanya). Ikin berkenalan ramai kawan baik belaka. Tapi itulah setiap kali Ikin membesar mesti tak ada kawan rapat. Kawan rapatlah yang buat Ikin seronok. Hmm.. Terus ke Tahun 4. Dari saat Ikin mula melangkah masuk ke dalam kelas. Rakan sekelas sebelah Ikin mula memperkenalkan dirinya sebagai Syamila(Syamila Aisyah).Baik sangat. Walaupun agak nakal ketika itu. Hihih(gembira). Tapi rakan sekelas belakang Ikin nak berkenalan dengan Ikin juga. Dia budak laki, Aqil(Aqil Akmal). Segak dan agak peramah orangnya ketika itu juga. Ikin seronok apabila berborak dengan Syamila. Tetapi pada satu hari,Syamila tak datang ke sekolah. Ikin duduk sorang-sorang. Ala...bosan. Tapi ada je yang menyakat Ikin.

Rasanya Aqil lah,dia nyanyi lagu ataupun bersiul kat Ikin kot. Emm..Ikin senyum je..dia kan kawan baik Ikin..Jadi buat tak tahu je..Heheh. Itulah paling masih terpahat dalam memori Ikin. Masuk pula Tahun 5,Ikin terpisah dengan Syamila dan Aqil. Ikin tahu diaorang pasti tak lupakan Ikin sampai bila-bila. Ikin sayang korang berdua..koranglah bestfriend Ikin yang paling awesome. Ikin bertemu dengan Nazilah(Nazilah Aiman),Miss(Miss Izlyn Hazmira)dan Nabilahuda(Nurul Nabilahuda). Diaorang spontan betul dengan Ikin kecuali Miss,dia agak pemalu,baik,peramah dan manis orangnya.

Suka sangat-sangat. Ikin tak pernah lupa kat Syamila dan Aqil. Peristiwa paling lucu sekali. Kami berempat kena denda bersihkan tandas budak lelaki. HAHAHAH!! Cikgu tegur,"Hah,eloklah tu kamu berempat berkawan baik. Kena denda sama-sama..(tak ingatlah dialognya).Yang pastinya Cikgu Hanim adalah cikgu Ikin yang all the best lah bagi Ikin.

Tapi dari sejak itu,Ikin berkenalan Ilyas(Syed Ilyas). Dia ni agak terlebih spontan dan lucu orangnya. Dia rapat dengan Ikin dan Nazilah. Sehinggalah tibanya peperiksaan pertengahan tahun. Sesiapa yang berjaya dalam keputusan peperiksaan pertengahan tahun,akan naik kelas. Bagi orang lain merasa naik kelas. Yay!! Syamila dengan Aqil naik kelas. Nabilahuda rasanya naik kelas pertama. Miss pula turun kelas. Nazilah tak kot..Adalah masa tu Ilyas ni suka sangat bergurau. Dia saja rampas pen Ikin. Ikin kejarlah. Takdelah kejar lari-lari. Nanti kena marah dengan Cikgu Hanim dan Cikgu Amran. Hee...takut kena denda. Kalau denda,dendanya berat mesti berat mengalahkan pesalah yang melakukan kesalahan berat.

Masa Ikin dekat dengan Syamila. Ikin terpandang kat Aqil. Dia tengah minum berdiri. Mata dia tu macam cemburukan sesuatu. Entah-entah,pasal tadi kot..Lah ye,ke? Kasihan..OKlah,adalah masa tu,Ikin syok main dengan Syamila. Lepas itu,Aqil tegur Ikin. Dia kata,"(lupa dah apa yang dia kata)"."Ikin menjawab apa yang terlintas dalam fikiran Ikin. Aqil merajuk. Ya Allah,Ikin dah kecewakan hati kawan rapat Ikin sendiri. Ikin terlajak cakap tak sengaja. Maafkan Ikin,ye..Aqil? Emm..Ikin pernah gaduh besar(bukan Ikin mulakan tapi Nabilahuda)itupun hal kecil je..pasal jamuan diaorang buat. Tak ajak Ikin pun.Hmm...Diaorang kata kena bawa makanan sendiri. Macam mana nak bawa kalau tak bagitau. Lepas itu,Nabilahuda jadikan Nazilah kuli dia. Astargfirullah. Tapi,dah OK dah lepas itu.

Melangkah ke usia 12 tahun,Ikin bertemu semula dengan Nazilah. Nabilahuda pindah sekolah. Ikin rasa seronok sangat. Tapi UPSR ada,jangan ingat nak seronok je..Dalam kelas pula, ramai kata Ikin dan Syamilia(Nur Syamilia)ada bakat sama. Iaitu menulis,melukis dan jawatan sama. Melangkah bab UPSR. Ikin tengok soalan UPSR nampak senang tapi disebalik senang tu ada susahnya. Sampailah hujung tahun 2011,Ikin makan jamuan dengan rakan sekelas Ikin. Best!! Semua cikgu datang,paling sedap sekali sup cendawa mak Syamimi(Nur Najhana Syamimi)buat. Sedap!! Panas pula tu..Lepas habis je jamuan tu Ikin bagi surat kat kawan Ikin. Tapi dia tak dapat nak balas. Tapi terima kasih jadi kawan baik Ikin. Terharu sangat.

Masa Tingkatan 1 tak best langsung!! Nazilah masa tu sama sekolah dengan Ikin. Tapi dapat tawaran macam rayuanlah. Hmm...tak best langsung masa Tingkatan 1!!! Tak sebest masa sekolah rendah. Masa Tingkatan 1,tak ada langsung kawan baik(kecuali Miss.Miss satu sekolah dengan Ikin tapi berbeza kelas je). Sebab apa? Semua pelajar-pelajar sekolah menengah GEDIK-GEDIK dengan BERLAGAK PERASAN. Sombong sangat! Ada hari tu,Ikin berkawan itupun sementara. Bila gaduh dengan pakwe dia mulalah cari Ikin.Bila waktu senang,dia lupakan Ikin. Nasib baik dia bukan kawan baik Ikin.

✿ Kawan rapat Ikin di dunia dan akhirat ✿
 Nazilah, Miss, Nabilahuda, Samihah, Aqil, Ilyas, Syamila dan Fadhilah(Mad)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

✿Blogger Setia✿